Followers

Sunday, January 30, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita

~@ tHePiNkLaDy @~: Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita: "- ustazah Hjh Siti Khadijah Din. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil 2 minit untuk 'mempersiapkan..."

Tips Jaga Kesuburan



Wanita berada dalam masa kesuburan terbaik di usia 23 sammpai 25 tahun. Setelah usia 35 tahun, wanita akan mengalami penurunan tingkat kesuburan. Berikut tip bagaimana memelihara dan menjaga kesuburan:

1) Menangani tingkat stress

Stres akan menghasilkan adrenalin berlebihan yg dapat menghalangi sirkulasi menstruasi. Jika tingkat adrenalin anda terkawal, ini akan menghalangi progesterone melakukan pekerjaannya menunda ovulasi atau lebih buruk, menghentikan sirkulasi secara menyeluruh.

2) Kurang kafein

Penelitian baru-baru ini menunjukkan wanita yg minum lebih dari empat cawan kopi atau enam cawan teh per hari memiliki risiko tiga kali lebih lama mendapatkan kehamilan dibandingkan mereka yg tidak meminumnya. Keadaan ini disebabkan kafein boleh memperlambat penyerapan nutrisi yg diperlukan dan menghasilkan adrenalin yg dapat mempengaruhi sirkulasi menstruasi dan ovulasi.

3) Gunakan kondom sebagai alat cegah hamil

Pil dan Intra Uterin Devices (IUD) dapat membentuk ketidak seimbangan mineral dalam tubuh yg dapat mempengaruhi kesuburan. Kondom adalah alat kontrasepsi bebas kimia dan melindungi dari STD sebagai penyebab lain menurunya kesuburan.

4) Lakukan rawatan berkala

Mengesan gejala-gejala STD seperti Chlamydia, penyebab utama ketidaksuburan dgn smear secara berkala. Dapatkan rawatan dari pakar sakit puan sekali gus utk mengungkap masalah lain seperti pelvic inflammatory disease atau polycystic ovaries.

5) Berhenti merokok

Penelitian menunjukkan perokok memiliki risiko tiga kali keguguran dibandingkan dgn bukan perokok dan mereka sukar mengalami kehamilan melalui bantuan teknik reproduktif. Dan anak-anak yg dilahirkan memiliki kemungkinan menopaus awal.

6) Perhatikan berat badan

Obesiti sebenarnya boleh memberikan tekanan pada ovari dan tiub fallopian yg membuatnya sukar melahirkan. Obesiti juga dapat merubah kesinambungan hormon dalam tubuh.

p/s:  Tidak salah dan tidak terlalu terlambat mulai memperhatikan kesuburan sekalipun jika anda tidak memiliki rancangan memiliki anak sepuluh tahun kemudian.

Wednesday, January 26, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: Perempuan Memang Tak Guna...

~@ tHePiNkLaDy @~: Perempuan Memang Tak Guna...: " Sekadar renungan... 1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia t..."

Saturday, January 22, 2011

Perempuan Memang Tak Guna...


  Renung2kan dan selamat beramal!

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “….Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Sentiasa berusaha untuk menjadi wanita yang berguna.

10 Sikap Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan




Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tau ketika berhubungan dengan si dia. Selain mengambil tau apa kesukaan si dia anda juga perlu tau apa yang mereka tidak suka. Antaranya ialah seperti berikut:

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.
Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.
Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya.
Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.
Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

  Adakah anda tergolong dalam kategori di atas? Jika ada eloklah anda segera berubah demi menjaga perhubungan bersama si dia.



Cintai Tubuh Anda



Wanita sering obsesi dgn imej tubuh mereka. Anda berdiri di depan cermin dan menemui lemak di mana-mana. Sememangnya wanita ingin mempunyai perut yg langsing, pingul yg kecil dan punggung yg padat. Ini akan membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri dan tampil seksi di mata umum.

1) Berhenti membicarakan lemak
Ketika anda mula membicarakan lemak dan makan berlebihan, keadaan ini menjadi sulit untuk dihentikan kerana anda mungkin akan berasa perlu pergi bersenam selepas itu.

2) Hindari menilai diri di cermin
Cubalah untuk menghindari mempelajari diri sendiri di cermin. Dan jika anda sedang melakukan yoga atau aerobik, cubalah untuk tidak memfokuskan pada bagaimana penampilan anda, tetapi bagaimana anda merasakannya.

3) Pakailah pakaian yg boleh membuatkan anda yakin pada diri sendiri
Bersenang-senanglah dgn tubuh anda dgn mengenakan pakaian yg terbaik utk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian yg lebih besar utk menutupi apa yg mereka miliki.

4) Berhenti menimbang diri sendiri
Cubalah hindari untuk menimbang diri sendiri utk sementara waktu dan lihat bagaimana anda merasakannya. Anda akan terkejut betapa bahagianya anda merasakan diri sendiri ketika itu seperti tidak ada jumlah yg berlebihan di hadapan anda.

5) Tubuh adalah teman anda.
Fikirlah segala sesuatu yg baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh anda. Hormati tubuh anda, ini smeua adalah untuk anda. Jgn berasa kecewa jika anda berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hatilah dgn bentuk tubuh yg anda miliki.

6) Berhentilah membandingkan diri sendiri
Sifat untuk meniru memang ada pasa setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru gaya atau penampilan model yg anda lihat bergaya di dalam majalah. Anda mungkin berasa ingin menjadi seperti model atau artis tetapi membandingkan diri anda secara terus menerus dengan body image ideal tidak sesuai untuk anda. Belajarlah utk menghargai diri sendiri.


 Obsesi tidak akan membawa anda kpd tubuh yg diinginkan. Ini akhirnya tidak akan mendorong untuk melakukan tindakan apapun. Langkah pertama untuk mengubah adalah mulai menerima diri sendiri dan mencintainya.

Nikmatilah tubuh anda dan semua yg telah anda lakukan utk itu. Berikut berbagai mana memperlakukan tubuh dgn cinta dan menghargainya.

13 Sebab Kenapa Anda Mesti Reject Dia Selepas 1st Date



1. Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.

2. Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia, katanya, dia paling suka ke Thailand dan bila dia beritahu yang dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah, anda patut pertimbangkan masak-masak mana tahu dia HIV positif.

3. Dia (lelaki) lebih pendek daripada anda. Masalahnya, dia betul-betul pendek dan cuma setinggi celah ketiak anda, dan anda menyedarinya bila semua orang tersenyum-senyum memandang anda berjalan disampingnya.

4. Bila dia beritahu anda, isterinya yang tidak pernah memahaminya, yang tidak pernah menjaga kebajikannya, dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, ruparupanya si isteri sedang sarat mengandung-anak kesembilan.

5. Bila anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar bila melihat semua wanita cantik@manis@seksi melepasi meja makan anda berdua.

6. Tangannya miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.

7. Bila dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemujanji dengan anda, tetapi buat juga, kerana kasihan, anda yang beria-ria sangat mahu menemuinya.

8. Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidapi penyakit kelamin yang kronik.

9. Dia langsung tidak bagi peluang anda bercerita tentang diri anda ataupun tentang famili anda, kerana dia rasa cerita tentang familinya lebih menarik dan lebih penting.

10. Bila anda pesan Coke dan dia memesan Carlsberg.

11. Bila dia cakap gedegang-gedegung macam tin kosong konon bapanya ada bisnes minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak, tapi bil makan sampai, dai buat tak tahu.Anda juga yang terkorek-korek cari duit dalam tas tangan.

12. Dia beritahu yang hatinya sangat-sangat terluka, dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis yang sedang hamilkan anak luar nikahnya.

13. Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi surirumah sepenuh masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya kata dia sedang mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit, tukang sental, pendek kata semuanya tukangla dan katanya lagi-dia juga sedang cari kilang buat anak.

Semoga tips ini dapat menjadikan anda lebih berhati-hati. Jangan mudah percayakan sang lelaki!

Friday, January 21, 2011

Kenapa perempuan masih lagi single?


Semua wanita ingin melengkapkan dirinya dengan menjadi seorang isteri dan ibu. Namun terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan para wanita masih lagi single walaupun umur makin meningkat. Ini adalah antara beberapa pendapat dari beberapa pihak yang saya dapat kongsikan kepada anda semua..

 Penampilan diri –  penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. 

Paras rupa – Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Tutur bahasa dan adab sopan – Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. 

Tidak yakin pada diri sendiri – Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana setiap dari kita diciptakan dengan berpasangan.

Fobia untuk bercinta– Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. 

Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Jika anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan bersama kami semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat. 

15 Perkara Tentang wanita yg Lelaki Tak Faham


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

Sebagai wanita hargai diri anda dan jangan biarkan si dia mempelakukan sesuka hatinya. Jangan membuatkan sang lelaki tersalah anggap terhadapmu.

Rahsia lelaki yg perlu Wanita tau


Seperti yang kita ketahui lelaki memang terkenal dengan sifat ego mereka. Namun begitu harus kita ingat bahawa mereka juga punya perasaan seperti kita. Antara rahsia mereka yang kita tak sedar adalah..
  • - Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • - Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • - Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • - Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • - Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • - Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • - Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • - Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • - Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • - Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • - Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah sekolah!
  • - Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • - Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  • - Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • - Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan menggatal dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
  • - Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • - Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • - Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  • - Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 


Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

~@ tHePiNkLaDy @~: Kisah rumput dan Si Dia

~@ tHePiNkLaDy @~: Kisah rumput dan Si Dia: "Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut se..."

Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki




Terdapat beberapa pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi para lelaki. Di sini ingin saya kongsikan beberapa contoh wanita tersebut.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Semoga anda berhati-hati dalam memilih pasangan. Cantik di luar bukan bermakna cantik di dalam. Wallahualam.

Wednesday, January 19, 2011

25 Cara untuk memikat lelaki. (cont..)

   Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda 25 tips untuk memikat lelaki. Jadi ini adalah sambungan daripada tips2 tersebut. Semoga tips2 ini dapat membantu anda ya!
1.     Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
2.     Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
3.     Manja!
4.     Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
5.     Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
6.     Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
7.     Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
8.     Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
9.  Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
10.  Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
11.  Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
12.  Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
13.  Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
14.  Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
15.  Jangan bersikap terlalu kuno.
16.  Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
17.  Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
18.  Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
19.  Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
20.  Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
21.  Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
22.  Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
23.  Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
24.  Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
25.  Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

p/s: Ingat sikap yang over boleh membuatkan lelaki menjauhkan diri dari anda. Sebaiknya bersopanlah walau dimana anda berada ye

Tuesday, January 18, 2011

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki



Bukan perempuan je yang mempunyai pantang mereka. Lelaki pun ada juga perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita lakukan pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka. Jangan menguji kesabarn mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

p/s: ok lepas ni hati-hati dengan perbuatan anda ye!

50 Tips Cara Memikat Lelaki



1.     Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2.     Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3.     Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4.     Jujur dan sentiasa merendah diri.
5.     Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6.     Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7.     Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8.     Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9.     Jangan terlalu mengongkong.
10.  Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11.  Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12.  Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13.  Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14.  Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15.  Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16.  Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17.  Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18.  Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19.  Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20.  Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21.  Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22.  Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23.  Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24.  Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25.  Mengetahui bila hari lahirnya.