Followers

Friday, March 4, 2011

Mengapa wanita Asia sukakan krim pemutih??



KAJIAN sudah membuktikan, wanita Asia gemarkan krim pemutih berbanding wanita Eropah. Ini tidak menghairankan, sejak dulu lagi kulit putih dianggap simbol kecantikan dan kejelitaan seseorang wanita.

Di Jepun misalnya, wanita Geisha yang sudah putih melepak masih menggunakan bedak khas untuk memutihkan muka mereka. Beberapa suku kaum di Afrika juga memandang tinggi wanita berkulit cerah, hinggakan harga mas kahwin selalunya menjadi lebih mahal jika pengantin perempuan mempunyai kulit cerah.

Kini, wanita lebih bertuah kerana terdapat pelbagai losyen dan krim pemutih di pasaran yang boleh dijadikan pilihan.

Tetapi amalan penggunaan krim pemutih untuk berwajah lebih cerah perlu berhati-hati kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh menyebabkan menghidap kanser. Sebelum produk penjagaan kulit digunakan, elok juga kenali jenis kulit anda dulu, sama ada normal atau kombinasi, kering dan matang atau berminyak serta bermasalah.

Personaliti glamor, Normala Samsudin juga tidak ketinggalan menggunakan krim pemutih yang diamalkan sejak enam bulan lalu, untuk merawat muka.

Pengacara yang sudah memasuki lingkungan usia 40-an tetapi masih terserlah kejelitaannya, menggunakan produk krim pemutih bukan semata-mata untuk menghasilkan kulit yang putih dan cerah.

Beliau berkata, antara tujuannya menggunakan produk seumpama itu ialah untuk mengurangkan atau membasmi kewujudan tompok gelap atau pigmentasi pada kulit muka. Dalam erti kata lain, Normala ingin memastikan wajah kelihatan bersih dan sihat, bebas daripada tompok jeragat yang dianggap merosakkan kulit.

“Dulu saya hanya membuat rawatan muka atau pergi ke salun untuk menghilangkan jerawat dan jeragat tetapi kini mula menggunakan krim pemutih sejak beberapa bulan lalu bagi mengatasi masalah itu. Saya mempunyai jenis kulit kombinasi yang mana bahagian tengah agak berminyak dan senang sekali tumbuh jerawat.

Bahagian kiri wajah pula agak kering.

“Untuk memulihkan keadaan kulit seperti itu saya mencuba menggunakan krim pemutih mengandungi rumusan berasaskan air dan semula jadi. Ternyata pilihan itu sesuai dengan kulit dan memberikan kesan yang baik walaupun tidak 100 peratus,” katanya ketika ditemui selepas majlis Activa Miracle White bersama Normala di Pentas Utama Jussco Alpha Angle, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Normala yang juga duta produk berkenaan berkata, dirinya sentiasa berhati-hati memilih produk penjagaan muka agar tidak menimbulkan kesan memudaratkan.

Selain itu, beliau juga jarang mengamalkan kerap bertukar produk daripada satu jenama ke jenama lain.

Beliau turut percaya dalam penjagaan wajah, bagi wanita yang sudah berusia khususnya, perlu lakukan sesuatu untuk memastikan kulit sentiasa tampak sihat dan berseri. Lebih-lebih lagi, kerjaya seperti dirinya yang sentiasa menggunakan solekan setiap hari pada wajah. Jika tidak dijaga, pasti akan memberikan kesan negatif yang begitu ketara kepada kulit wajah.

Normala berkata, untuk memastikan produk krim pemutih yang digunakan berkesan pada wajah, amalan yang dilakukan ialah menyapu krim berkenaan setiap hari selepas wajah dicuci. Krim itu akan disapu dan diurut lembut pada wajah selama satu hingga tiga minit.

“Kini saya tidak perlu menyapukan krim pemutih itu setiap hari sebaliknya, hanya sekali dalam tempoh dua minggu.

Tujuannya ialah untuk mengekalkan keadaan kulit wajah saya sekarang ini,” katanya yang tampak muda daripada usia sebenar.

Berhati-hati dengan krim pemutih yang anda pakai. Jangan kerana taksub mau cantik lain pula yang jadi. sesetengah krim pemutih mengandungi kimia tinggi yang mampu menyebabkan kanser kulit!


No comments:

Post a Comment