Followers

Wednesday, February 16, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace)

~@ tHePiNkLaDy @~: PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace): "Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang te..."

Wednesday, February 9, 2011

Barang Yg Mesti Ada Untuk Cantik Menawan!

Setiap wanita pati ingin kelihatan cantik dan menawan walau diamna mereka berada. Jadi bagi memastikan penampilan kamu sentiasa menjadi perhatian pastikan peralatan berikut selalu ada dalam simpanan kamu.

  1. PELEMBAP WAJAH-penting untuk menjaga kelembapan kulit wajah agar sentiasa nampak segar.

  2. LIP GLOSS-atau lipbalm juga penting bagi menjaga kelembapan bibir anda. ia dapat menhindar bibir          kering dan kelihatan tak bermaya
  3. HAIR DRYER-bagi wanita yg tidak bertudung hair dryer dan hair clip perlu bagi memastikan rambut kamu nampak kemas dan bergaya
  4. EYELINER-untuk menjadikan mata kamu kelihatan menggoda dan cantik pakaikan bersama mascara dan penyepit bulu mata
  5. BEDAK ASAS-sangat penting untuk pastikan wajah sentiasa cantik dan sempurna. Pastikan juga bedak asas atau foundation sesuai dgn tona kulit kamu
  6. PERFUME-ini adalah perkara wajib bagi melengkapkan penampilan kamu. pilih wangian yg sesuai dgn jiwa kamu dan jangan pakai terlalu banyak hingga membuat orang pening
Jangan terlalu ghairah ingin tampak cantik sehingga kamu kelihatan 'over'..bersederhanalah kerana itu lebih baik..

Sunday, January 30, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita

~@ tHePiNkLaDy @~: Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita: "- ustazah Hjh Siti Khadijah Din. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil 2 minit untuk 'mempersiapkan..."

Tips Jaga Kesuburan



Wanita berada dalam masa kesuburan terbaik di usia 23 sammpai 25 tahun. Setelah usia 35 tahun, wanita akan mengalami penurunan tingkat kesuburan. Berikut tip bagaimana memelihara dan menjaga kesuburan:

1) Menangani tingkat stress

Stres akan menghasilkan adrenalin berlebihan yg dapat menghalangi sirkulasi menstruasi. Jika tingkat adrenalin anda terkawal, ini akan menghalangi progesterone melakukan pekerjaannya menunda ovulasi atau lebih buruk, menghentikan sirkulasi secara menyeluruh.

2) Kurang kafein

Penelitian baru-baru ini menunjukkan wanita yg minum lebih dari empat cawan kopi atau enam cawan teh per hari memiliki risiko tiga kali lebih lama mendapatkan kehamilan dibandingkan mereka yg tidak meminumnya. Keadaan ini disebabkan kafein boleh memperlambat penyerapan nutrisi yg diperlukan dan menghasilkan adrenalin yg dapat mempengaruhi sirkulasi menstruasi dan ovulasi.

3) Gunakan kondom sebagai alat cegah hamil

Pil dan Intra Uterin Devices (IUD) dapat membentuk ketidak seimbangan mineral dalam tubuh yg dapat mempengaruhi kesuburan. Kondom adalah alat kontrasepsi bebas kimia dan melindungi dari STD sebagai penyebab lain menurunya kesuburan.

4) Lakukan rawatan berkala

Mengesan gejala-gejala STD seperti Chlamydia, penyebab utama ketidaksuburan dgn smear secara berkala. Dapatkan rawatan dari pakar sakit puan sekali gus utk mengungkap masalah lain seperti pelvic inflammatory disease atau polycystic ovaries.

5) Berhenti merokok

Penelitian menunjukkan perokok memiliki risiko tiga kali keguguran dibandingkan dgn bukan perokok dan mereka sukar mengalami kehamilan melalui bantuan teknik reproduktif. Dan anak-anak yg dilahirkan memiliki kemungkinan menopaus awal.

6) Perhatikan berat badan

Obesiti sebenarnya boleh memberikan tekanan pada ovari dan tiub fallopian yg membuatnya sukar melahirkan. Obesiti juga dapat merubah kesinambungan hormon dalam tubuh.

p/s:  Tidak salah dan tidak terlalu terlambat mulai memperhatikan kesuburan sekalipun jika anda tidak memiliki rancangan memiliki anak sepuluh tahun kemudian.

Wednesday, January 26, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: Perempuan Memang Tak Guna...

~@ tHePiNkLaDy @~: Perempuan Memang Tak Guna...: " Sekadar renungan... 1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia t..."

Saturday, January 22, 2011

Perempuan Memang Tak Guna...


  Renung2kan dan selamat beramal!

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “….Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Sentiasa berusaha untuk menjadi wanita yang berguna.

10 Sikap Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan




Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tau ketika berhubungan dengan si dia. Selain mengambil tau apa kesukaan si dia anda juga perlu tau apa yang mereka tidak suka. Antaranya ialah seperti berikut:

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.
Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.
Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya.
Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.
Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

  Adakah anda tergolong dalam kategori di atas? Jika ada eloklah anda segera berubah demi menjaga perhubungan bersama si dia.