Followers

Wednesday, January 19, 2011

25 Cara untuk memikat lelaki. (cont..)

   Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda 25 tips untuk memikat lelaki. Jadi ini adalah sambungan daripada tips2 tersebut. Semoga tips2 ini dapat membantu anda ya!
1.     Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
2.     Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
3.     Manja!
4.     Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
5.     Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
6.     Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
7.     Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
8.     Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
9.  Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
10.  Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
11.  Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
12.  Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
13.  Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
14.  Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
15.  Jangan bersikap terlalu kuno.
16.  Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
17.  Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
18.  Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
19.  Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
20.  Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
21.  Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
22.  Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
23.  Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
24.  Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
25.  Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

p/s: Ingat sikap yang over boleh membuatkan lelaki menjauhkan diri dari anda. Sebaiknya bersopanlah walau dimana anda berada ye

No comments:

Post a Comment