Followers

Friday, January 21, 2011

Kenapa perempuan masih lagi single?


Semua wanita ingin melengkapkan dirinya dengan menjadi seorang isteri dan ibu. Namun terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan para wanita masih lagi single walaupun umur makin meningkat. Ini adalah antara beberapa pendapat dari beberapa pihak yang saya dapat kongsikan kepada anda semua..

 Penampilan diri –  penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. 

Paras rupa – Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Tutur bahasa dan adab sopan – Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. 

Tidak yakin pada diri sendiri – Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana setiap dari kita diciptakan dengan berpasangan.

Fobia untuk bercinta– Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. 

Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Jika anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan bersama kami semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat. 

No comments:

Post a Comment